Subhanallah!!!
Lihatlah sahabat-sahabatku sekalian!!! Inilah pembalasan Allah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman. Di dunia lagi Allah telah tunjukkan balasannya. Minta2 kita dijauhkan dari azab yang pedih.
Inilah pembalasan dari Allah di atas segala kekejaman yang telah dilakukan kepada orang-orang Islam. Maka kita harus beringat2 bahawa kita ini adalah hanya HAMBA kepada pemiliknya iaitu Allah s.w.t. Setiap benda yang kita miliki adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu, kita seharusnya menjaga dengan baik barang pinjaman ini, supaya bila dipulangkan kepada pemiliknya ia berada dalam keadaan yang elok.
Oleh itu janganlah kita melakukan kezaliman kepada orang lain.
Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Areil Sharon (bekas PM Israel) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh yang lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah s.w.t dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan di sekujur tubuh. Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad s.a.w. yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya dia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak dapat menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata.
Dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Labanon. Dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya. Akhirnya Allah s.w.t. memperlihatkan kepada kita keadaan taghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah s.w.t yang agung, iaitu membusuknya jasad sedang dia masih hidup.Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedang dia masih hidup. Benarlah firman Allah s.w.t:
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar." (Fussilat:53)
Written by:
Ummu Raihanah
Dipetik dari:
Majalah Qiblati, vol. 01/no. 09/Mei-June 2006
terbitan Jeddah, KSA.
* Tambahan: Berdasarkan berita terbaru, sampai saat ini Sharon masih koma (tidak sedarkan diri) dalam ruang ICU.
MasyaAllah,
Begitu ngeri untuk menatap mayat hidup ini. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua untuk tidak melakukan kezaliman.
Lihat juga Biaya Rawatan Ariel Sharon Membebani Israel
Inilah gambar-gambar Ariel Sharon sebelum dia diazab oleh Allah di dunia ini, sebelum dia menerima azab yang kekal di akhirat sana:

In office
7 March 2001 – 14 April 2006

(President Bush and Prime Minister Sharon meet in the White House on 14 April 2004)

(Palestinian President Mahmoud Abbas, United States President George W. Bush, and Ariel Sharon after reading statement to the press during the closing moments of the Red Sea Summit in Aqaba, Jordan, 4 June 2003)


No comments:
Post a Comment