Hari ini ana pergi ke MIHAS yang diadakan di MATRADE Exhibition and Convention Center. Pergi pukul 12 tgh hari tadi dgn free shuttle bus yang disediakan dan naik di KLCC. 1st time sampai di MATRADE. Pergi sorang2 pulak tu tadi.Banyak sgt booth, sampai tak larat kaki nak berjalan ke semua booth yg ada. Banyak jugak makanan yang dibeli. Kerepek, air coklat yang dicampur dgn pisang (tak tau apa rasa nya), cendawan, tepung goreng, biskut2 dan habbatus saudah.
Ada jugak pertandingan masak tadi, tp sbbkan ramai org, hanya mampu ambil gambar dan lihat skrin tv yg disediakan aje. Tak tgg sampai diorang siap masak pun. Tp mcm best je pertandingan masak tue.
Tengah jalan2 tu tiba2 ada org panggil. Rupanya kawan satu sekolah dulu. Pas dah rasa2 makanan yg dia promote then beli kerepek kat situ, nak beredar dah. Tiba2 dia tny dgn kuat nya "Asma' bila nak kawin?" Agak terkejut jugak sbnrnya, tp hny mampu ckp InsyaAllah. Al-maklumlah, kawan2 satu batch masa kat skolah majoritinya dah kawin.
Hmm..bila cakap pasal kawin ni, sbnr nya tersentuh juga hati ni. Tapi walau apapun, ana tetap percaya bahawa jodoh ana akan sampai jua. Bila dan siapa, hanya Allah yang tahu.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An-Nur:26)
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)
Hatiku sentiasa terpujuk dgn firman Allah di atas. Oleh itu, kuserahkan urusan jodohku ini kepada Allah. Apa yang perlu ku lakukan kini ialah menjadi wanita yang solehah (sblm dapat lelaki yang soleh).
Selain itu, banyak juga org yang kukenali hari ini. Akhi Muhammad Zaiemuddin Hj Osman, pernah ambil postgraduate di UM. Sekarang dia bekerja sebagai pengurus Mahabbah Gemilang. Sempat juga ku sembang dgnnya. Mengenai hal di UM.
Selain Akhi M.Zaiemuddin, ada juga pakcik yg duduk di seat sebelah dalam bas masa nak balik dari MATRADE. Kagum betul dgn dia. Walaupun umurnya dah cecah 70++ (anggaran ku shj, sbb dia ada cerita keadaan masa WWII), tp speaking dia bagus betul. Malu kat diri sendiri pulak. Tergagap jugak la nak jawab soklan2 die. 1st thing yang menyebabkan dia tegur sbb ana mengambil gambar beg yang ada batch Only For Allah yang ku perolehi dari satu prog di Shah Alam (x ingat nama prog 2). Then apa lagi, dia critic mcm2 perkara ttg Malaysia ni. Kadang-kala ku mengiakan dan kadang-kala ku mengangguk shj. Semangat betul dia cakap, macam org muda. Pakcik ni, India Muslim yang datang dari India, tp dah lama menetap di Malaysia ni. So, byk benda yang dia tak setuju dgn pemerintahan masa kini di Malaysia.

(Gambar begku)
Ada juga kata-kata dia yg membuatku terkedu "How halal is the halal food here?" Sebenarnya, ada juga terdetik dlm fikiran ku ketika mula2 naik bas utk pergi ke sana. Sbb ku lihat ada pasangan cina yg naik bas skali. Pada pandanganku, Halal exhibition ni utk makanan Muslim aje. Sesampai saja ku di sana, byk juga gerai cina, musykil juga dibuatnya. Seperti kata pakcik tu, cina2 nie pandai ambil peluang. He said: "It just packaging to cover it, but we don't know the exactly ingredient on it". Sbb exhibition ni international, so dia masuk ambil bahagian juga. Kalau Cina2 muslim tu tak juga la.
Kagum betul dgn dia. Tp disebabkan perjalanan pulang ke KL sentral tak lama, so tak sempat borak banyak lagi. Lagipun cepat betul pakcik tu turun. Bas belum benti lagi dia dah siap2 nak turun. Mungkin dia ada kejar urusan lain pulak. Sempat juga ku katakan nice to meet u diakhir perjumpaan kami yg sebentar itu.
* Alhamdulillah, tergerak jua hatiku untuk pergi ke MATRADE ni. Pagi tadi hampir2 ku nak batalkan niat utk pergi ke sana, tp bila ku fikirkan, mungkin ada kebaikan yg akan kuperolehi, ku kuatkan juga semangat utk pergi. Daripada terperap seharian di dalam bilik, elok juga ambil angin luar.
Dan ternyata, Allah beri kepadaku nikmat yg sgt byk hari. Keyakinan utk berdepan dgn org ramai kian pulih, deria rasa ku kian pulih, fizikal ku juga semakin sembuh, apatah lagi emosi ku. Selama beberapa tahun ini, semua nikmat itu telah ditarik oleh Allah, atas sbb dosa2 yg telah kulakukan. Ku rasa sgt2 bersyukur atas nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya ini.
"Ya Allah, Kau tambahkanlah hidayahMu buat hambaMu ini. Janganlah Kau tarik kembali hidayah yg telah Kau berikan kepadaku. Ya Allah, aku bermohon di bawah naunganMu, agar Kau tetapkanlah iman ku hanya kepadaMu. Ku serahkan diri ini sepenuhnya untuk mengabdikan diri kepadaMu."





No comments:
Post a Comment