Kesihatan mental yang terlibat dalam kehidupan harian kita merangkumi:
- Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
- Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
- Bagaimana seseorang itu mengendali tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
1. Terhadap diri sendiri
- Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri
- Berupaya mengawal perasaan
- Sanggup menerima kegagalan atau kekecewaan
- Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral
- Menghargai diri sendiri
- Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain
- Mampu memberi dan menerima kasih sayang
- Tahu menghargai dan mempercayai orang lain
- Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka
- Memupuk hubungan yang memuaskan dan berkekalan
- Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah
- Mampu mengatasi konflik dengan bijak
- Mampu membuat keputusan sendiri
- Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah
- Menerima tanggungjawab yang diberikan
Setelah mengetahui ciri-ciri positif yang perlu dimiliki, terdaapat 10 langkah yang perlu diambil untuk memperolehi kesihatan mental yang positif. Langkah-langkah tersebut adalah:- Menerima kenyataan diri secara realistik
- Mengendalikan masa dengan baik (time management)
- Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak
- Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
- Menjaga kesihatan fizikal
- Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah
- Memastikan rehat dan tidur yang cukup
- Mengendalikan stress secara berkesan
- Mengamalkan nilai-nilai murni
- Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapatkan pertolongan profesional sekiranya perlu
Jika kita mengabaikan kesihatan mental, akibatnya seseorang itu mungkin mengalami:- Perasaan rendah diri
- Tekanan dalam hidup
- Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga/keluarga
- Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (penyalahgunaan dadah, minum arak, sumbang mahram, dan macam-macam aktiviti lagi)
- Kecenderungan melakukan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak/pasangan, buli jalanraya, buli sekolah, dan pelbagi bentuk keganasan lagi)
- Peningkatan risiko penyakit mental
Sumber:
Unit Kesihatan Mental, Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia
* Perkara ini sering diabaikan oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh sebab itu, timbul pelbagai jenis masalah dalam kehidupan harian. Perkara ini juga sering diabaikan oleh penulis suatu masa dahulu. Bila mana kita tidak mempunyai kesihatan mental yang positif, kita tidak dapat berfikir secara kreatif cara untuk menangani masalah yang timbul. Kita juga akan merasa sangat tertekan dengan masalah itu.
Alhamdulillah, kini penulis telah dapat mengatasi permasalahan mental menuju ke arah kesihatan mental yang positif. Jika tiada tindakan yang diambil ketika itu, kecenderungan untuk mendapat penyakit mental yang serius amat tinggi. Syukur Alhamdulillah, Allah masih sayang akan hambaNya ini. Jika kita kembali kepada keadaan fitrah kejadian kita, iaitu dengan mengikuti cara hidup yang telah diajar dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, insya-Allah kehidupan kita akan sentiasa bahagia. Semoga kehidupan kita ini mendapat keredhaan Allah. Amin.


No comments:
Post a Comment