Friday, May 8, 2009

Berenang

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan nyawa kepada ana untuk meneruskan hidup di muka bumi ini.

Setelah sekian lama ana teringin untuk melaksanakan aktiviti riadah dengan berenang, akhirnya tercapai juga. Teringat kepada pesanan Rasulullah, yang menggalakkan umatnya untuk melakukan tiga jenis sukan iaitu memanah, berenang dan menunggang kuda.

Dengan melakukan aktiviti riadah seperti ini, kekuatan fizikal kita akan bertambah. Dengan kekuatan fizikal yang kita perolehi, maka banyak aktiviti lain yang dapat dilakukan.

Tiada alasan yang perlu diberikan jika kita ingin melaksanakan sunnahnya. Jalan-jalan yang perlu dilalui sentiasa terhidang di depan mata, hanya tinggal untuk kita memilihnya. Jika kita memberi alasan bahawa sukar untuk melaksanakan aktiviti riadah ini (berenang), selamanya kita tidak berpeluang untuk merasa betapa nikmatnya aktiviti riadah ini.

Jika kita berada di kawasan yang berhampiran dengan pantai, mudahlah unutk melakukan aktiviti berenang. Tetapi, jika kita berada di tengah-tengah bandar, kolam renang merupakan tempat yang sesuai. Hanya perlu mencari kolam renang tertutup yang meyediakan masa khas untuk muslimah. Kini, pakaian berenang muslimah sudah meluas di pasaran. Mudah untuk kita lakukan aktiviti ini.


* Sangat teruja bila dah sekali masuk dalam kolam renang. Bolehlah ana teruskan aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment