Saturday, May 9, 2009

Shopping!!!

Ucapan Bismillah ana sebagai pembuka bicara,

Wah, dah lama betul tak keluar shopping (window shopping aje). Pening kepala betul...

Dari pemerhatian ku selama 3 jam keluar ke pertama kompleks dan sogo:
  • Manusia berbondong-bondong untuk membeli barang bila ada sale (sale di sogo sehingga 17 Mei)
  • Macam-macam ragam dan gelagat manusia
  • Pelbagai lapisan masyarakat ada (tua, muda, remaja dan juga kanak2)
  • Pelbagai barangan yg dibeli
  • Pelbagai design product yang dijual
(Gambar di atas gambar yang diambil di Sogo pada pukul 4.30 petang, 9 Mei 2009)


Dan ini pula gelagat sahabat2 ku ketika bershopping ~~~~



Tetapi entah mengapa hati ku tidak gembira ketika berada di Sogo tadi. Banyak perkara yang kufikirkan.

1. Kenapa ramai manusia tertarik jika ada tawaran jualan murah? Tidakkah mereka tertarik dengan tawaran daripada Allah seperti dalam surah As-Saff ayat 10 dan 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

Ada juga segolongan manusia yang keluar membeli barang-barang keperluan. Ku tidak nafikan semua itu. Tetapi ku rasa begitu sedih melihat masyarakat yang suka menghabiskan masa di tempat-tempat begini. Bukan sekadar menghabiskan masa, tetapi juga menghabiskan wang mereka sewenang-wenangnya.

* Tadi ada juga sempat ambil gmbr seorang nenek yang terduduk kepenatan bersama seorang cucunya, tetapi gmbar tu tak jadi, so tak dapat nak attach skali.

Aku juga begitu suatu masa dahulu, shopping complex menjadi destinasiku kalau dilanda perasaan bosan. Tetapi kini, ku tidak sempat untuk merasa bosan kerana pelbagai aktiviti yang ingin ku lakukan untuk menebuskan kembali zaman silamku yang terlalu hubbud dunia (cintakan dunia). Ku juga tidak rela untuk menghabiskan duit untuk perkara yang sia-sia (barang2 yang bukan keperluan). Lebih baik duit itu ku infakkan kepada orang yang lebih memerlukan.

2. Kenapa mereka seronok untuk menghabiskan masa di shopping complex? Terutama kepada golongan muda mudi. Keluar bersama pasangan (couple2) sehingga sanggup meghabiskan masa berjam-jam lamanya.

Ada satu pasangan yang sempat ku lihat ketika ku dalam perjalanan pulang ke UM, mereka masih sibuk shopping. Tidakkah mereka sedar bahawa masa itu sgt penting untuk dihabiskan begitu sahaja. Seperti firman Allah dalam surah Al-'Asr yang bermaksud:

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. "

Dulu, aku juga suka menghabiskan masa begitu sahaja. Kini, ku rasakan setiap saat ku perlu melakukan sesuatu yang dapat menyumbang untuk Islam. Perkara yang penting sekali yang perlu ku lakukan ialah dengan menyediakan diri dgn ilmu dan juga pengetahuan mengenai Islam, dan segala yang berkaitan dengannya.

* Perkara yang paling ku tidak tahan tadi, bila lalu di sebelah orang yang merokok. Rasa macam nak pengsan. Ku hidup dalam keluarga yang bebas rokok, jadi ku tidak tahan walaupun hanya menghidu asap rokok. Benci sgt dgn org yng merokok, bukan sahaja mereka menghabiskan duit begitu sahaja, malah membahayakan kesihatan diri sendiri dan juga orang lain. Lebih baik duit membeli rokok mereka guna untuk membeli barang2 keperluan yang lain. Kadang2 ku pelik juga, ada setengah org hidup susah, tp masih mampu utk merokok. Lepas tu mengadu hidup cukup2 makan aje. Pandai-pandai fikir sendiri la...

3. Mengapa mereka tidak menjaga batas-batas pergaulan dan juga aurat mereka? Walaupun ada juga segelintir org yang menjaga aurat mereka.

Bila ku lihat barangan2 yang dijual terutama pakaian wanita, pakaian2 yang dijual itu tidak menutup aurat. Ku sedih sgt, kerana yang membelinya org2 Islam. Mereka tidak menitik beratkan tentang pakaian yang menutup aurat. Lagi sedih bila tidak ramai orang yang menjual pakaian yang cukup syarat2 menutup aurat.

Syarat-syarat menutup aurat ialah:
  • Tidak ketat
  • Tidak nipis/jarang
  • Tidak menampakkan susuk tubuh badan
  • Tidak singkat
Walaupun ada juga butik-butik yang menjual pakaian muslimah, tetapi ada juga yang tidak cukup syarat. Yang paling tidak ku suka ialah walaupun mereka menjual jubah, tetapi jubah itu cuttingnya mengikut tubuh badan. Mengikut trend la kononnya. Sebenarnya susah benar nak cari baju yang betul2 cukup syarat. Oleh itu, aku sgt2 bersyukur kerana Allah memberi ilham dan kekuatan kepada my parents untuk melibatkan diri dalam perniagaan pakaian ini. Kerana kesedaran yang tinggi itu lah yang mendorong mereka design/mereka baju2 atau tudung2 yang memenuhi syarat menutup aurat.

Seperti firman Allah dalam surang Al-'Araf ayat 26 yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."


* Lihatlah blog my family business HRA Enterprise. Hanya tudung2 yang tidak jarang dan besar dapat dimasukkan ke dalam blog. Baju dan product2 lain boleh di dapati di kedai yang terletak di Taman Melewar.

Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang ingin ku luahkan. Ujian yang Allah berikan kepada ku selama beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan ku suka berfikir. Dan sebenarnya, banyak benda yang boleh dikongsi bersama. Seboleh-bolehnya ku tidak mahu orang lain melalui jalan-jalan yang kuhadapi sebelum ini, ia terlalu perit kerana berada jauh dari hidayah Allah. Tp ku tidak dapat menolak bahawa Allah telah menyediakan ujian2 yang berlainan kepada hamba2Nya. Dan yang penting kita perlu mengambil iktibar dari kisah orang2 yang terdahulu dari pelbagai zaman (dari Adam diciptakan sehingga kini) untuk dijadikan panduan hidup kita ini.

Wallahu 'alam....

No comments:

Post a Comment