Sunday, May 10, 2009

Kisah tentang perasaan binatang

Assalamualaikum dan slamat pagi semua...

Pagi ni nak kongsi satu cerita. Ni article yang diperolehi daripada kawan sekolah...


From: Faris Francis Metin

Here the swallow's the other half (wife) is injured and the condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road.



He brought hef food and attended to her with love and compassion.


He brought her food again but was shocked to find her dead. He tried to move her...a rarely-seen effort folr swallows!



Aware that his sweetheart is dead and will never be with him again, sadness filled his eyes and sorrow felt in his spirit.


He stood beside her as his heart weeps for his only love.


Finally aware that she would never return to him. He stood beside her body with untold pain and despair.
Millions of people cried after watching this picture in America and Europe and even in India. It is said that the photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France. All copies of that newspaper were sold out on the day these pictues were published.

And many people think animals don't have a brain or feelings?


From these story, I can conclude that:
  • Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah juga mempunyai perasaan.
  • Perasaan belas kasihan itu ada juga pada binatang. Tetapi di mana perasaan belas kasihan manusia? Mengapa manusia sanggup melakukan keganasan dan kekejaman terhadap manusia yang lain.
  • Allah Maha Kuasa, menciptakan makhluknya dgn pelbagai cara dan ragam. Setiap kejadian ini menunjukkan bahawa hanya Allah yang boleh mencipta sesuatu yang tidak dapat dicipta oleh manusia. -Kononnya, manusia mampu mencipta manusia yang lain dgn kaedah pengklonan, tetapi tidak berjaya. Manusia klon itu tidak mempunyai perasaan.-
  • Sangat halus dan telitinya penciptaan Allah ini. MasyaAllah.

Teringat pula kisah yang dilihat dgn mata sendiri. Pada pertengahan tahun 2008 di Kediaman Kolej Pertama (ASTAR), pada waktu cuti semester. Senario ini dilihat disebalik tabir di surau.
Ada satu kurungan yang diletakkan di belakang blok E, bersebelahan dgn surau muslimat. Kurungan ini dibuat kerana terlalu banyak monyet2 yang berkeliaran di kawasan kolej. Di dalam kurungan itu ada seokor monyet yang terpenjara di dalamnya.

Maka ku terlihatlah ada seekor monyot yang lain, yang berada di luar kurungan datang menghantar makanan (roti) untuk sahabatnya yang berada dlm kurungan itu. Akan tetapi, monyet dalam kurungan itu menolak makanan pemberian sahabatnya. Dan dia duduk di depan pintu kurungan itu meminta simpati dari sahabatnya supaya dibebaskan (seperti banduan yang tidak bersalah merayu untuk dilepaskan). Alangkah sedihnya sahabatnya yg berada di luar kurungan itu, kerana dia tidak mampu untuk membebaskan sahabatnya yang berada di dalam kurungan.

Manakala sahabat2 seperjuangannya pula hanya berani untuk berdiri di atas tembok2 gimnasium itu. Seekor demi seekor datang menziarahi sahabatnya yang terkurung. Mereka datang dalam keadaan yang sangat berhati-hati, lihat ke kiri kanan, dan sekeliling, supaya mereka juga tidak terperangkap. Dan mereka berkomunikasi untuk suatu tempoh yang tidak panjang. Mereka memberi kata-kata semangat supaya sahabat mereka itu bersabar.

Apabila mereka sudah menziarahi sahabatnya, mereka ingin meninggalkan kawasan itu, kerana bimbang bahaya yang datang menimpa mereka. Alangkah sedihnya perasaan sahabat yang terkurung itu. Ia merayu supaya dibebaskan. Tetapi, apakan daya mereka. Mereka tidak mampu berbuat demikian. Maka tinggallah sahabat yg terkurung itu keseorangan, bersedih dan berduka kerana memikirkan nasibnya yang malang itu.
Begitulah cerita yang diadaptasikan oleh penulis dari sebuah kisah benar yang dilihatnya.


Moral of the story:
  • Binatang juga mempunyai perasaan.
  • Janganlah kita berlaku zalim kepada makhluk Allah yang lain, walaupun ianya kepada binatang.
  • Perasaan binatang juga sama seperti manusia, malah kadang-kadang terlihat perasaan mereka lebih mulia berbanding dgn manusia yang dianugerahkan akal tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik yang mungkin.
  • Kita hanya mampu melihat kekejaman yang berlaku, tapi tidak mampu untuk menghalangnya mahupun menentangnya. Oleh itu, kita hanya mampu berdoa kepada Allah supaya mereka perbuatan mereka dibalas dgn pembalasan yang setimpal dgn perbuatan mereka.

Kadangkala, ku terfikir juga. Adakah salah monyet2 itu bila mereka datang menyerang kolej2 kediaman. Bukankah kita yg menghapuskan tempat kediaman mereka iaitu di hutan-hutan?

Atas nama pembangunan, manusia tidak pernah memikirkan perasaan makhluk Allah yang lain, dirobohkan sesuka hati kerana perasaan tamak menguasai diri mereka. Hanya satu alasan yang sering mereka berikan, PEMBANGUNAN. Ada apa dgn pembangunan? Adakah itu yang akan Allah nilai. Oh, tidak sekali. Allah hanya menilai manusia dgn sifat ketaqwaan yang ada pada diri individu itu. Seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad:36)




(Ni pula gambar yang sempat diambil ketika dalam perjalanan untuk menuju ke PPUM bertarikh 10 April 2009 pada pukul 3.37 pm)

Dah lama sungguh ku tidak lalui kawasan ini, sejak keluar dari KK1. Alangkah sedihnya bila hutan dan juga kawasan penempatan ini sudah tiada.

Sewaktu awal kemasukan ku ke UM ini, Kampung Awal ini menjadi salah satu destinasi kami (bersama dgn roommate2 ku, Aliza aka Kakchik dan Aziyah) untuk berjalan-jalan 'mengeksplore' kawasan-kawasan di UM ini. Kami melalui setiap lorong yang ada di dalam Kampung Awal ini.

Kebanyakan rumah-rumah di situ telah lama ditinggalkan. Dan ada cerita yang sampai di telingaku bahawa di situ adalah kawasan penempatan pihak keselamatan UM. Ku tidak tahu kesahihannya kerana rumah2 di situ sgtlah usang dan tiada org yang menetap di situ. Kini setahuku, pihak keselamatan UM tinggal di apartment Inderaloka.

Yang menjadi tumpuanku ialah hilang lagi satu kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal binatang2 ini. Tidak mustahil suatu masa nanti, binatang2 ini menginap bersama-sama dgn kita. Dia pun nak hidup jugak, kasihanilah mereka!!!

No comments:

Post a Comment