Sunday, June 21, 2009

Perjalanan Baru Hidup Ini...

Dah lama betul tak menulis. Ana bukan pandai sgt nak menulis, tapi teringin jugak berkongsi smthg yg berlaku dlm hidup ana.

Sejak kebelakangan ni, terutamanya ketika cuti sem 2 bulan, terlalu bnyk benda yg berlaku dlm kamus hidup ana. Smthg yg dpt mengubah byk perkara dalam hidup ana. Adakalanya, bagus utk diri ini utk merasa kepayahan yang sengaja diberikan. Jadi apabila ditimpa kepayahan yang sebenar, tidak rasa terbeban sgt.

Kesenangan hidup ni, kadang-kadang menyebabkan kita alpa dan tidak/kurang bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Bila diri sudah jauh dari Allah, macam-macam perkara yang berlaku yang menyebabkan kita merasa hidup ini menjadi sukar.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Walaupun hambaNya telah melakukan pelbagai dosa, Dia masih beri peluang untuk kita bertaubat dan pulang ke pangkal jalan, dengan melalui jalan yang lurus. Jalan yang lurus ini merupakan jalan yang diredhai Allah s.w.t. Satu-satunya cara untuk melalui jalan yang lurus ini adalah dengan melaksanakan ISLAM yang sebenar, Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. melalui wahyu yang diterima dari Allah s.w.t. Oleh itu, kita seharusnya mengetahui bagaimana perjalanan Rasul kita yang terakhir, Rasulullah s.a.w yg diutuskan kepada sekalian umat ketika Baginda membawa ISLAM.

Tidakkah kita merasa malu kepada diri sendiri, apabila kita mengaku Islam, tetapi kita malu untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Disebabkan perasaan malu yang tidak bertempat itulah yang menyebabkan kita umat Islam mundur. Oleh itu wahai sahabat sekalian, sedarlah, kita ini sebenarnya umat yang maju suatu ketika dahulu, tetapi kini kita ditindas dan dimomokkan bahawa merekalah yang maju. Hayati lah lirik lagu di bawah ini, supaya kita insaf.

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Setelah kejatuhan Khilafah Bani Umaiyyah pada tahun 3 Mac 1924, sekaligus sistem khalifah* ini dihapuskan. Maka digantikan dengan pelbagai jenis sistem ciptaan manusia; sistem capitalism, socialism, nationalism, hedonism, dan pelbagai jenis lagi ideologi buatan manusia.
* Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari'at Islam dan mengembang dakwah ke segenap penjuru dunia.

Teringat ana pada soalan salah seorang classmate utk subjek elektif luar fakulti, Apakah perbezaan antara sistem khalifah dan sistem demokrasi?. Tetapi soalan itu tidak terjawab, kerana masa tidak mengizinkan persoalan itu diperbahaskan. Kadang-kadang terasa sedih apabila keadaan begitu berlaku. Umat Islam kini begitu lemah dan mudah termakan dgn momokan yang diberikan daripada pihak kafir.

Umat Islam kini sepatutnya bangkit dari lena yang panjang, sebenarnya perjalanan hidup kita di dunia ini sgt pendek. Oleh itu, kita seharusnya mempersiapkan diri kita untuk menghadapi perjalanan yang panjang, iaitu di negeri Akhirat yang kekal kelak.


InsyaAllah, ana akan menjelaskan lagi dengan lebih detail tentang ideologi2 buatan manusia dan juga sistem khalifah Islam.

No comments:

Post a Comment